GLUTA SKINCARE

tranfer money

Bagaimana membuat bayaran online melalui Maybank2u.com.my

Untuk panduan kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk melakukan proses pembayaran melaluiMaybank2u.com.my. Kebanyakkan pembelian secara online di Malaysia menggunakan portal online Maybank2u. Tetapi sebelum anda boleh menggunakan Maybank2u, anda perlu terlebih dahulu mempunyai akaun dengan Maybank dan mendaftar untuk menggunakan perbankkan internet. Urusan pendaftaran sekejap sahaja, hanya perlu buka akaun dan buat pendaftaran untuk kegunaan online di mesin ATM. Sila ke cawangan berdekatan anda untuk maklumat lanjut, pekerja mereka akan sedia membantu anda.

Penerangan adalah berdasarkan gambar-gambar di bawah.

pembayaran online melalui maybank2u

Langkah pertama.

Sila layari website maybank2u.com.my kemudian klik Login.

Langkah Kedua

Masukkan Username anda kemudian klik butang next.

masukkan password maybank2u

Langkah Ketiga

Masukkan password anda kemudian klik butang login.

Langkah Keempat

Klik pada bahagian Account & Banking

Langkah Kelima

Klik pada bahagian Transfer

Langkah Keenam

Klik pada bahagian New 3rd Party account transfer

Langkah Ketujuh

1. Masukkan jumlah bayaran yang hendak di transfer.

2. Masukkan no akaun penerima bayaran tersebut.

3. Masukkan email penerima bayaran tersebut (Makluman pembayaran akan terus di hantar oleh Maybank2u ke alamat email tersebut.

4. Tuliskan tujuan pembayaran tersebut. Seperti “Pembayaran 1 Botol Ubat.”

5. Kemudian setelah selesai mengisi ruang kosong tersebut, sila semak dahulu. Kemudian tekan butang continue untuk teruskan.

Langkah kelapan

Seterusnya anda akan di bawa ke halaman di atas,

1. kemudian klik pada bahagian Request a TAC Number. TAC nombor akan di hantar ke no telefon yang di daftarkan oleh anda semasa membuka akaun membuat pendaftaran perbankkan online maybank2u. Setelah TAC di hantar isi kan kod yang anda terima di ruangan TAC di atas.

2. Kemudian tekan butang confirm.

Contoh TAC request yang telah berjaya di hantar ke no telefon anda.

Langkah kesembilan

Gambar di atas akan di paparkan setelah anda tekan butang confirm. Status pembayaran dan segala maklumat berkaitan akan di paparkan.

Untuk sebagai simpanan anda, anda boleh print receipt transaksi tersebut dengan menekan butang Print receipt.

cetakreceipt maybank2u

Gambar receipt yang akan di print.

Okay dah selesai. Itulah antara langkah-langkah untuk melakukan transaksi online melalui maybank2u. Semoga panduan ini dapat membantu anda semua. Sekian Terima Kasih.

BERMINAT NAK JADI AGEN DROPSHIP/BORONG CNTACT SAYA DI TALIAN 0196389585 ATAU PM DI FACEBOOK